Tuesday

Kek Pisang Paling Best

Assalamualaikum

Alhamdulillah teringat nak menulis di fzmenu. Setelah sekian lama, apa kabar agaknya semua rakan blogger? Mungkin masih ramai yang maintain menulis di blog..alhamdulillah. Macam saya ni dah bertahun-tahun senyap, moga masih ada yang ingat lagi dengan kak fzi eh.. he he

Okay...kali ni nak share resepi kek pisang yang agak sedap. Kiranya paling best la bagi saya..haha... Pakai resepi yang hari tu jugak, dah pernah cerita kat sini lama dulu. Tapi saya ejas2 sikit sukatan nak sesuaikan rasa.

Kek pisang ni, kalu beli yang kat supermarket biasanya ada urat2 pisang kat kek tu. Itu yang jadi duk teringat kek pisang yang penuh urat2, bila sebut kek pisang. Tak tau deorang pakai pisang apa, yang kek pisang jadi macam gitu. Makanya untuk hilangkan fobia kek pisang yang penuh urat tu, meh kita buat sendiri je kek pisang kat rumah. Kita punya takde urat2 hitam, mungkin sebab kita pakai pisang lain kot. Alhamdulillah sangat sedap dan mabeles๐Ÿ˜€๐Ÿ˜๐Ÿ‘

RESEPI KEK PISANG SEDAP

185g margerin planta
180g gula
3 biji telor gred A
1   1/2 cawan pisang lemak manis/pisang emas yang dilecek
3 sudu besar susu cair
1/4 sudu garam
1 sudu kecil esen vanila
180g tepong gandum
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bicarbonat

Cara membuatnya:

Pukul margerin dan gula hingga margerin bertukar kaler pucat. Masukkan telor sebiji demi sebiji. Masukkan esen vanilla serta garam. Pukul sampai adunan putih dan gebu. Selepas itu, baru masukkan tepung, time ni kacau dengan senduk kayu. Kemudian campurkan pisang yang dilecek serta susu cair. Kacau2 kan biar serata. Bakar dalam kepanasan oven 180'C selama 40 - 45 minit.

**mudah nak lecek pisang pakai gelas macam ni dari lecek dengan garfu. Ilmu bermanafaat cara lecek pisang  ini dapat dari kakak saya. Jazakillah.

Sekian wassalam.


4 comments:

  1. Salam akak,
    Lama akak tak post, saya mmg slalu refer blog akak utk resepi. Sbb resepinya menjadi and sy suke cara writing akak. Seronok baca. Thank you akak for updating the blog.

    ReplyDelete
  2. Wsalam farah
    Alhamdulillah..tenkiu farah sudi datang2 sini. Itu la..lama cuti..hi hi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Congratulations akak utk kenduri anak akak.. waaa seronok nyaaa.. sy dh lama tak bukak blog akak ni buka nk cr resepi karipap.. kentang murah sgt kak di sini, 4kilo: £2 , tp tak sempat juga nk buat.
      Thank you ya akak utk resepi.. keep sharing n writing- love reading your writings.

      Delete
  3. Alhamdulillah..sama2 farah<3

    Waahh murah tu kentang..ada masa ley wat begedil farah:-D

    ReplyDelete